Bilik Aspirasi PSK


BILIK ASPIRASI PSK

WARGA SMKST CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG


PENUBUHAN BILIK  ASPIRASI
            Bilik Aspirasi PSK ialah sebuah bilik khas untuk pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK). Sehubungan dengan perlaksanaan subjek ini oleh pihak Kementeriaan Pelajaran di semua sekolah menengah bermula dari tahun 2005 , pihak sekolah telah menyediakan kemudahan bilik ini untuk keselesaan para pelajar. 
            Idea penubuhan Bilik Aspirasi PSK ini diilhamkan oleh Mantan Tuan Pengetua Tn Hj. Mohamad bin Adam. Bilik Aspirasi PSK   telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Dahrom         B. Hashim, Penolong  Pengarah Kurikulum Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Melaka pada 30hb April 2007.
            Bilik ini terletak di bangunan blok N. Terdapat pelbagai bahan bacaan mengenai sivik  dan  kewarganegaraan, dan peralatan untuk kemudahan pengajaran dan pembelajaran di bilik ini. 
MATLAMAT
Melahirkan pelajar yang  berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki nilai sivik.

OBJEKTIF
      Memupuk minat pelajar  terhadap  mata pelajaran  Pendidikan Sivik.

      Meningkatkan peratusan  kelulusan mata pelajaran  Pendidikan Sivik.

      Memberi kesedaran kepada  pelajar tentang peranan, hak, dan  tanggungjawab mereka terhadap  diri sendiri, keluarga, masyarakat,    dan  negara.

KEMUDAHAN
      Buku Rujukan
      Komputer
      LCD
      Folio Pelajar
      Bahan Bacaan
      Transperensi
      Internet


AKTIVITI

      Bulan Patriotisme
      Mereka Bendera Dari Bahan Kitar Semula
      Kuiz Kewarganegaraan
      Membuat Folio














No comments:

Post a Comment