BILIK WAWASAN


SEJARAH

            Hasrat dan idea penubuhan Bilik Wawasan adalah untuk menyediakan satu bilik khas bagi pelajar bukan Islam pada waktu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan moral dan Bahasa Cina. Penubuhan asalnya adalah pada tahun 2001 di tingkat bawah bangunan blok G. Pada tahun 2006, bilik Pendidikan Moral dan Bahasa Cina telah berpindah ke blok N. Kini setelah berpindah ke blok N, Bilik Wawasan berwajah baru, lebih ceria dan mudah untuk dikunjungi oleh para pelajar serta guru-guru. Bilik Wawasan dirasmikan  pada 30hb April 2007. Pelbagai bahan, maklumat dan peralatan boleh didapati di Bilik Wawasan.

OBJEKTIF

Ø  Menyimpan Bahan Bantu Mengajar
Ø  Menyedarkan pelajar tentang pentingnya budi pekerti mulia dalam kehidupan
Ø  Melahirkan insan yang dapat menghargai erti kemerdekaan
Ø  Menyemai rasa cinta dan bangga terhadap sekolah dan negera

VISI

Menjelang 2010 Bilik  Wawasan akan menjadi satu bilik yang dikenali dan menjadi pusat rujukan bahan-bahan Pendidikan Moral dan Bahasa Cina

MISI


Ø  Menyediakan program kea rah peningkatan  prestasi akademik
Ø  Menghayati nilai-nilai murni untuk pembentukan sahsiah mulia
Ø  Mewujudkan persekitaran yang kondusif kearah melahirkan generasi yang seimbang


KOLEKSI
Peralatan

Ø  Peralatan pejabat
Ø  Bahan Bantu Belajar
Ø  Buku Latihan Pelajar

Hasil Kerja Pelajar

Ø  Kerja Kursus
Ø  Koleksi Gambar
Ø  Sudut Maklumat

Bendera

Ø  Bendera Malaysia
Ø  Bendera Negeri

Sudut Nilai Murni

Ø  Mempamerkan nilai-nilai murni dlama bentuk pohon nilai murni

Sudut Maklumat

Ø  Mempamerkan  beberapa bahan sebagai bahan bacaan

No comments:

Post a Comment