Dataran Seri NILAM



DATARAN SERI NILAM

NADI ILMU AMALAN MEMBACA



          Dataran Seri NILAM merupakan satu stesen Pusat Sumber secara terbuka yang diwujudkan oleh pihak sekolah. Dataran ini di wujudkan bertujuan untuk menyokong usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah menjadikan Program NILAM sebagai satu agenda di peringkat kebangsaan. Warga sekolah terutama guru dan pelajar menjadikan tempat ini sebagai tempat membaca, berbincang, berkomunikasi dan melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. (PLBD). Dataran Seri NILAM juga dijadikan tempat perjumpaan untuk aktiviti kokurikulum sama ada perjumpaan persatuan atau kelab. Suratkhabar harian seperti Berita Harian dan News Strait Times dan bahan berinfomasi disediakan di Dataran ini. Ini bermakna guru dan pelajar boleh mendapat ilmu atau bahan informasi di mana-mana sahaja di persekitaran sekolah.


No comments:

Post a Comment