Kata Alu-Aluan Pengetua SMKST


Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

   Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Pusat Sumber SMK Seri Tanjong kerana memberi peluang kepada saya untuk merakamkan sepatah dua kata ucapan aluan dalam ruangan ini.
    Pembinaan Blog Pusat Sumber SMK Seri Tanjong ini adalah lambang usaha intelek para pelajar dan guru dalam mendokumentasikan segala peristiwa, aktiviti dan mencatatkan segala pencapaian dan kejayaan Pusat Sumber, selain menjadi wadah dalam memberi maklumat terkini khususnya mengenai program-program membaca. Tambahan lagi, Pusat Sumber sekolah juga menjadi sumber inovasi dan transformasi selaras kehendak Kementerian Pelajaran agar tranformasi pendidikan dilaksanakan.

    Perubahan dan pembaharuan yang sesuai dengan tuntutan semasa adalah amat kritikal bagi memastikan impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju dapat dicapai. Sehubungan itu, Pusat Sumber merupakan agen transformasi yang penting kepada warga sekolah agar menjadi tempat rujuk kepada informasi yang terkini.

   Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak Jawatankuasa Pusat Sumber atas pembinaan Blog PSS ini, dan saya mendoakan agar semua warga sekolah dapat berasama-sama melonjakkan bidang pendidikan negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Selamat Maju Jaya!!!

No comments:

Post a Comment