PERPUSTAKAAN


       
SELANGKAH KE PERPUSTAKAAN SEJUTA PENGETAHUAN

             
PENGENALAN
                    Perpustakaan telah dibangunkan pada tahun 1970 dan lokasinya adalah di blok A. Ketika itu bilangan buku dan kemudahan fizikal lain tidak begitu lengkap. Perpustakaan kemudian berpindah ke Blok D sehingga tahun 1978 dengan koleksi bukunya ialah 3214 buah sahaja. Pada tahun 1985, sebuah bangunan 3 tingkat telah dibina. Perpustakaan terletak di tingkat 2 bersama-sama Bilik Tayang dan Bilik Bahan Bantu Mengajar. Perpustakaan kekal di situ sehingga kini dengan koleksi bukunya lebih kurang 26 000 buah. Ia kemudiannya dinaiktaraf dari masa ke semasa. Perpustakaan telah dilengkapi dengan alat penghawa dingin, komputer untuk tujuan automasi dan mengakses internet untuk pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai kemudahan untuk guru dan pelajar disediakan dan tahapnya telah dipertingkatkan  secara berterusan sehingga kini.
               LOKASI
Perpustakaan SMKST terletak di blok M. Ia terletak di antara Bilik Ilmu Seri.
MATLAMAT
Mewujudkan masyarakat guru dan pelajar yang gemar dan arif menggunakan perpustakaan.
OBJEKTIF
v     Mewujudkan budaya ilmu dalam  kalangan pelajar.
v     Melengkapkan perpustakaan dengan bahan-bahan untuk sumber ilmu.
v     Menyediakan bahan rujukan yang pelbagai khusus untuk pembelajaran dan pengajaran.
v     Membentuk golongan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek.

PERKHIDMATAN
Perpustakaan SMKST memberi perkhidmatan berikut kepada guru, kakitangan dan pelajar SMKST:
v     Rujukan
v     Pinjaman buku
v     Menjilid kerja kursus
v     Photostat
v     Laminate
v     Bahan untuk pengajaran dan pembelajaran selain buku seperti suratkhabar, jurnal, majalah, bulitin dan sebagainya.

 WAKTU PERKHIDMATAN 

ISNIN HINGGA KHAMIS
            7.20 PG - 2.00 PTG
            2.00 PTG  - 3.30 PTG
JUMAAT
            7.20 PG  - 12.00 TGH
             3.00 PTG- - 5.00 PTG
SABTU
            TUTUP
CUTI SEKOLAH
            8.30 PG HINGGA 4.00 PTG
    


AKTIVITI

v     Kursus pengurusan perpustakaan
v     Pameran
v     Kuiz
v     Pelancaran NILAM
v     Pertandingan Pembaca Terbaik (NILAM)
v     Pertandingan Kelas Terbanyak Meminjam
v     Hari Buku Sedunia
v     Bulan Membaca
v     Jejak Maklumat
v     Banci Pinjaman Buku
v     Laman Mata Pelajaran
v     Pertandingan  Papan Buletin
v     Scribbles/Infoseri
v     Edaran Maklumat
v     Sudut Informasi
v     Kursus Pengawas PSS
v     Orientasi PSS

SUSUNAN BUKU

Buku-buku di perpustakaan disuSun mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Berikut adalah 10 kelas utama:
            000      KARYA AM
            100      FALSAFAH
            200      AGAMA
            300      SAINS KEMASYARAKATAN
            400      BAHASA
            500      SAINS TULIN
            600      TEKNOLOGI
            700      KESENIAN
            800      KESUSASTERAAN
            900      GEOGRAFI DAN SEJARAH


KEMUDAHAN

v     Buku: jumlah buku - lebih kurang 26 000 buah
v     Akhbar dan majalah
v     Bank soalan
v     Laminating
v     Binding
v     Pelbagai jenis bahan bukan buku 






 


No comments:

Post a Comment