BILIK BUMI
(BEST UNDERSTANDING OF MATHEMATICAL
INFORMATION)
MATEMATIK
TERAS KEHIDUPAN
SEJARAH
Perkembangan
dunia pendidikan di Malaysia
berlaku dengan begitu pantas seiring dengan perkembangan pendidikan dunia. Kita
diakui oleh banyak pihak memiliki taraf pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru
itu pihak sekolah telah berusaha menyediakan pelbagai prasarana untuk
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bersesuaian dengan
perkembangan pendidikan negara. Penubuhan
Penubuhan Bilik BUMI (Best
Understanding of Mathematical Information) merupakan satu langkah positif yang telah
dilaksanakan oleh pihak sekolah. Bilik BUMI merupakan unit Pusat Sumber yang ke
12 yang direalisasikan di sekolah ini. Ia menjadikan usaha memperluas
pusat sumber sekolah dijalankan secara berterusan seiring hasrat pihak
pentadbiran sekolah untuk menjadikan setiap bilik dan sudut di SMKST adalah pusat sumber.
Pada
asalnya bilik matematik yang dikenali sebagai klinik matematik terletak di blok
B dan blok J, tetapi ruang terhad untuk
menempatkan ramai pelajar. Di atas keperihatinan pihak sekolah dan kesedaran
bahawa matematik merupakan subjek teras dan
amat penting, satu usaha telah dijalankan untuk menubuhkan sebuah bilik
khas yang lebih besar dan selesa untuk
kegunaan guru-guru matematik selain dari bilik darjah. BUMI memberikan satu
suasana pembelajaran yang berbeza dan akan lebih menarik minat pelajar
kepada subjek matematik. Bagaimanapun
bilik yang asal tetap dikekalkan sebagai klinik matematik. Bilik BUMI ini
terletak di aras 2 blok Q. Ia telah
diubah suai lengkap dengan pelbagai kemudahan fizikal serta bahan pengajaran
dan pembelajaran khas untuk subjek matematik. Pihak sekolah meletakkan harapan
yang tinggi agar semua guru matematik dan pelajar akan memanafaatkan bilik
ini dengan sebaik-baiknya supaya
keputusan peperiksaan matematik sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan
dalaman, PMR dan SPM.
RASIONAL
Menyediakan
bilik yang lebih luas untuk proses P & P matematik selain dari bilik darjah
Menyediakan
kemudahan ICT yang lengkap dan berkesan untuk P & P
Memberi
kemudahan bahan sokongan BBM untuk tujuan P & P
MATLAMAT
Membentuk induvidu yang berfikiran
matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan dengan berkesan dan
bertanggungjawab dengan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya
berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan
perkembangan sains dan teknologi
OBJEKTIF
Pelajar dapat memahami definisi,
konsep, hokum, prinsip dan teoram matematik
Memperluaskan penggunaan kemahiran
operasi asas
Menguasai kemahiran asas matematik
Mengaplikasikan pengetahuan dan
kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Menggunakan teknologi yang sesuai
dengan konsep, menguasai kemahiran matematik serta meneroka ilmu matematik
Membudayakan penggunaan pengetahuan
matematik secara berkesan dan bertanggungjawab
PERALATAN/KEMUDAHAN
Komputer
LCD
CD Pembelajaran
Buku Rujukan
Bahan Bantu Belajar
Model Matematik
Penghawa Dingin
Kata-kata Motivasi
Buku Skrap Humor
AKTIVITI
Kuiz Matematik
Permainan Pendidikan Matematik
Bilik Gerakan Matematik
Membuat Bahan P & P Matematik
Aktiviti Asash Minda Suduko
Edaran Berinformasi
Pameran
No comments:
Post a Comment