Bilik BUMI

BILIK BUMI

(BEST UNDERSTANDING OF MATHEMATICAL INFORMATION)


MATEMATIK TERAS KEHIDUPAN

SEJARAH

Perkembangan dunia pendidikan di Malaysia berlaku dengan begitu pantas seiring dengan perkembangan pendidikan dunia. Kita diakui oleh banyak pihak memiliki taraf pendidikan yang bertaraf dunia. Justeru itu pihak sekolah telah berusaha menyediakan pelbagai prasarana untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah bersesuaian dengan perkembangan pendidikan negara. Penubuhan
Penubuhan Bilik BUMI (Best Understanding of Mathematical Information)  merupakan satu langkah positif yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Bilik BUMI merupakan unit Pusat Sumber yang ke 12 yang direalisasikan di sekolah ini. Ia menjadikan usaha  memperluas  pusat sumber sekolah dijalankan secara berterusan seiring hasrat pihak pentadbiran sekolah untuk menjadikan setiap bilik dan sudut  di SMKST adalah pusat sumber.
Pada asalnya bilik matematik yang dikenali sebagai klinik matematik terletak di blok B dan blok J, tetapi ruang  terhad untuk menempatkan ramai pelajar. Di atas keperihatinan pihak sekolah dan kesedaran bahawa matematik merupakan subjek teras dan  amat penting, satu usaha telah dijalankan untuk menubuhkan sebuah bilik khas yang lebih besar dan selesa  untuk kegunaan guru-guru matematik selain dari bilik darjah. BUMI memberikan satu suasana pembelajaran yang berbeza dan akan lebih menarik minat pelajar kepada  subjek matematik. Bagaimanapun bilik yang asal tetap dikekalkan sebagai klinik matematik. Bilik BUMI ini terletak di  aras 2 blok Q. Ia telah diubah suai lengkap dengan pelbagai kemudahan fizikal serta bahan pengajaran dan pembelajaran khas untuk subjek matematik. Pihak sekolah meletakkan harapan yang tinggi agar semua guru matematik dan pelajar akan memanafaatkan bilik ini  dengan sebaik-baiknya supaya keputusan peperiksaan matematik sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan dalaman, PMR dan SPM.

RASIONAL

Menyediakan bilik yang lebih luas untuk proses P & P matematik selain dari bilik darjah
Menyediakan kemudahan ICT yang lengkap dan berkesan untuk P & P
Memberi kemudahan bahan sokongan BBM untuk tujuan P & P

MATLAMAT

Membentuk induvidu yang berfikiran matematik dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan dengan berkesan dan bertanggungjawab dengan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan supaya berupaya menangani cabaran dalam kehidupan harian bersesuaian dengan perkembangan sains dan teknologi



OBJEKTIF

Pelajar dapat memahami definisi, konsep, hokum, prinsip dan teoram matematik
Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas
Menguasai kemahiran asas matematik
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan
Menggunakan teknologi yang sesuai dengan konsep, menguasai kemahiran matematik serta meneroka ilmu matematik
Membudayakan penggunaan pengetahuan matematik secara berkesan dan bertanggungjawab

PERALATAN/KEMUDAHAN

Komputer
LCD
CD Pembelajaran
Buku Rujukan
Bahan Bantu Belajar 
 Model Matematik
Penghawa Dingin
Kata-kata Motivasi
Buku Skrap Humor


AKTIVITI

Kuiz Matematik
Permainan Pendidikan Matematik
Bilik Gerakan Matematik
Membuat Bahan P & P Matematik
 Aktiviti Asash Minda Suduko
Edaran Berinformasi
Pameran










No comments:

Post a Comment