Bilik Profesional Rahman Mat


BILIK PROFESIONAL RAHMAN MAT

JASAMU DIKENANG

          Bilik Profesional Rahman Mat terletak di Blok P bersebelahan dengan Makmal Siber Seri 3. Nama bilik tersebut diambil sempena nama pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Seri Tanjong iaitu En Rahman bin Mat. Beliau merupakan pengerusi PIBG yang paling lama berkhidmat iaitu hampir 15 tahun. Beliau sangat berjasa kepada pihak sekolah terutama usaha-usaha yang telah dibuat untuk memajukan PIBG  dan sekolah. Beliau sentiasa menyokong program atau aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah terutamanya yang melibatkan pelajar. PIBG SMK Seri Tanjong juga telah banyak menyumbang kepada projek-projek berimpak besar di sekolah ini, terutamanya Projek ICT sekolah. Kewujudan bilik ini amat bertepatan dengan hasrat sekolah yang sentiasa mengenang  budi dan jasa pengerusi PIBG.

OBJEKTIF

Menyediakan sebuah tempat mesyuarat yang kondusif untuk guru dan staf
Menggalakkan guru-guru menyumbang idea melalui bengkel atau kursus di tempat yang lebih selesa
Menyediakan tempat khas untuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk mengadakan mesyuarat atau sesi percambahan fikiran

KEMUDAHAN

Meja Mesyuarat secara ‘built in’
Set Perabut secara ‘built in’
Alat Penghawa Dingin
LCD
Sistem Siaraya

No comments:

Post a Comment