Edu Cafe

-->
EDU CAFÉ

SELERA DIJAMU ILMU TAK KALIH

            Atas kesedaran pihak sekolah untuk memberikan lebih keselesaan kepada warga seri terutama pelajar-pelajarnya, pihak sekolah bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) telah berusahan mendapatkan peruntukan untuk menaiktarafkan kantin sekolah. Wujudnya Edu Café adalah bertujuan untuk menyediakan ruang yang selesa serta moden kepada pelajar untuk menjamu selera di samping menyediakan ruang yang lebih luas untuk kegiatan dan aktiviti  pembelajaran dan kokurikulum.  PIBG SMKST telah banyak menyumbangkan bantuan dari segi idea dan kewangan dalam pada tahun 2006 ini. Di antaranya ialah melengkapkan makmal Siber 3 dengan kerusi meja  secara built in, projek Dataran Seri Nilam, sistem siaraya untuk dewan sekolah, bilik mesyuarat, bilik Tayang  dan perbelanjaan yang paling besar ialah  mewujudkan Edu Café yang dilengkapi dengan set kerusi secara Food Court Table yang  moden dan selesa.
            Edu Café ini dilengkapi dengan televisyen, papan putih dan sistem siaraya yang boleh digunakan untuk tujuan  pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu beberapa program telah dijalankan seperti kursus motivasi, program tingkatan 3 selepas PMR, program kelas tambahan untuk tingkatan 3 dan 5, program eksplorasi tingkatan 6 atas dan juga beberapa aktiviti kokurikulum yang dijalankan dliluar waktu sekolah. Kewujudan Edu Café ini telah menambahkan satu lagi tempat  yang selesa yang digunakan oleh pihak sekolah  untuk  menjalankan aktiviti yang melibatkan  bilangan pelajar yang ramai. Pada masa akan dating pihak sekolah bercadang untuk meluaskan lagi Edu Café ini untuk kegunaan semua warga seri dan harapan pihak sekolah agar Edu Café ini akan dimanafaatkan sebaik-baiknya oleh semua pihak.


 

No comments:

Post a Comment