Makmal Siber Seri

-->
MAKMAL SIBER SERI

TEKNOLOGI MENJANA PENDIDIKAN BESTARI

LATAR BELAKANG

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pendidikan di Malaysia telah mendorong pihak sekolah untuk menubuhkan makmal komputer di SMKST. Pada bulan   Februari tahun 2000, satu kertas cadangan telah diusulkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ianya telah dipersetujui untuk dilaksanakan. Pada awalnya makmal ini telah ditempatkan di blok A dan sebanyak 20 buah komputer telah di tempatkan di makmal tersebut. Sumber kewangan untuk pembelian komputer dan penyediaan prasarana di makmal tersebut diperolehi dari sumbangan guru-guru dan dana serta yuran yang dibayar  oleh pelajar.
 Kelas komputer untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 dan 2 telah dimulakan pada 5hb Jun 2000. Pada peringkat permulaan kelas-kelas komputer diadakan di sebelah petang selepas waktu persekolahan. Tenaga pengajarnya adalah di kalangan guru-guru SMKST yang berkemahiran dalam bidang literasi komputer. Pada tahun 2001 seorang tenaga pengajar dari luar telah digunakan untuk mengajar kelas komputer. Waktu pembelajaran juga telah ditukarkan dalam waktu persekolahan mengambil alih waktu perpustakaan tingkatan 1 dan 2.
            Pada tahun 2004 makmal ini telah berpindah ke blok baru dan terletak di tingkat 1 bersebelahan dengan Bilik Zaaba. Beberapa buah komputer telah ditambah menjadikan bilangannya 40 buah. Pertambahan komputer ini telah memberi keselesaan kepada pelajar semasa kelas dijalankan. Beberapa peralatan ICT yang menyokong pembelajaran literasi komputer terdapat di makmal ini seperti, kemudahan talian School Net dan  Streamyx, printer, LCD, Wireless AP, Scanner dan sebagainya.
            Makmal ini telah ditukarkan namanya kepada Makmal Siber Seri 3 pada Disember 2005 dan ianya bersesuaian dengan perkembangan semasa. Beberapa penambahbaikan dan kemudahan telah ditambah untuk memberikan keadaan yang lebih kondusif kepada pelajar. Projek komputer ini telah dilaksanakan selama hampir 6 tahun dan ianya menjadi harapan sekolah agar ia berterusan dan bermanafaat kepada semua warga Seri terutamanya untuk menghadapi program pembestarian sekolah menjelang 2010. Sepanjang 6 tahun kewujudannya  makmal ini telah menghasilkan lebih dari 2000 orang pelajar yang celik dalam literasi komputer. Oleh itu pihak sekolah dan PIBG berharap projek ini akan terus berjaya dan mendapat sokongan dari semua pihak.
            Siber Seri 1 dan 2 merupakan makmal komputer yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Kewujudan makmal ini banyak menyokong proses pengajaran dan pembelajaran serta pembelajaran berasaskan komputer. Manakala Siber Seri 5  diwujudkan untuk pelajar-pelajar pendidikan khas. Pihak sekolah menyedari bahawa perlunya kemudahan ICT dinikmati oleh semua warga SERI supaya modal insan celik ICT  yang dihasilkan oleh pihak sekolah adalah menyeluruh.


           
RASIONAL

Rasional untuk mewujudkan kelas komputer di SMKST adalah seperti berikut:-

<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Melalui  penggunaan komputer pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik  dan dapat merangsang pelajar dalam pembelajaran mereka.
<!--[if !supportLists]-->Sebagai persediaan untuk menjadi sekolah bestari sebagaimana yang di sarankan oleh Kementerian Pendidikan.
<!--[if !supportLists]--><!--[endif]-->Memberi peluang kepada pelajar seluas – luasnya menguasai teknologi maklumat di peringkat sekolah.
<!--[if !supportLists]-->Minat yang mendalam dari pihak sekolah, ibu bapa, guru dan pelajar  terhdap Teknologi Maklumat dan tidak mahu ketinggalan dalam era IT.

MATLAMAT

Di antara matlamat  mewujudkan kelas komputer ini ialah:-


<!--[if !supportLists]-->Menyokong dan memantapkan pelaksanaan kurikulum dalam pengajaran dan pembelajaran.
<!--[if !supportLists]-->Melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam penggunaan komputer.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membina dan mengukuhkan kemahiran mencari maklumat menggunakan pelbagai media.
<!--[if !supportLists]-->Membudayakan P & P berasaskan sumber teknologi komputer sesuai dengan era IT .
<!--[if !supportLists]-->Membantu pelajar melengkapkan diri mereka dalam menghadapi dunia penggunaan IT yang diperlukan apabila tamat persekolahan di SMKST seperti memasuki pusat pengajian tinggi atau dunia pekerjaan.

OBJEKTIF

Beberapa objektif telah dikenalpasti dengan mewujudkan projek komputer di SMKST di antaranya ialah :-

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memahirkan pelajar dalam penggunaan aplikasi asas komputer   aplikasi MS OFFICE yang  merangkumi perisian Word, Excell, Access dan Power Point.
<!--[if !supportLists]-->Meningkatkan pengetahuan dan maklumat dengan kajian dan pembelajaran melalui internet.
<!--[if !supportLists]-->Menggalakkan pengintegrasian  IT dalam pengajaran dan pembelajaran.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memberi peluang kepada pelajar menyediakan diri dengan konsep Sekolah Bestari.
<!--[if !supportLists]-->Meningkatkan budaya mengkaji, membaca dan budaya ilmu sepanjang hayat.


 

No comments:

Post a Comment