Radio SERI

-->
RADIO SERI

CERIA BERSAMA ANDA

Idea untuk mewujudkan siaran Radio Pusat Sumber sekolah telah bermula sejak awal 1995. Kesedaran ini timbul memandangkan betapa pentingnya pengetahuan dan maklumat yang berguna disebarkan kepada warga Seri. Justeru pada pertengahan 1995, lahirlah RADIO SERI. Lokasi studio Radio Seri terletak di blok B (tingkat dua) bersebelahan Bilik Warisan. Kini Radio Seri boleh berbangga dengan studio sendiri yang terletak berhampiran tapak perhimpunan. Walaupun pada awal kemunculan sulungnya, Radio Seri mempunyai beberapa kelemahan namun hasil komitmen semua pihak, mutu siarannya berjaya dipertingkatkan hingga kini. Radio Seri cuba mengutarakan rancangan berinformasi di samping menyediakan pelbagai aktiviti melalui siaran yang ke udara. Radio Seri juga dapat mencungkil kebolehan dan kreativiti pelajar-pelajar yang berbakat mengendalikan siaran. Bersesuaian dengan slogannya ‘Ceria Bersama Anda’, maka diharap semua rancangan yang disajikan sentiasa segar dan terus dinanti-nantikan siarannya di udara oleh setiap warga Seri.

-->
AKTIVITI RADIO SERI

Bersama Panitia Sains
(ISNIN)

Bersama Panitia Sejarah
Bersama Panitia Georafi
(SELASA)

Bersama Panitia Bahasa Melayu
Bersama Panitia Pendidikan Moral
(RABU)

Bersama Panitia Bahasa Inggeris
(KHAMIS)

Siaran Langsung dari Radio IKIM.fm
(JUMAAT)

Bersama Panitia Pendidikan Islam

Permintaan Lagu dan Ucap Selamat
Kosa Kata Seri
Sehari Sebuah Peribahasa
Penghayatan Hadis/Surah Al-Quran
Pengumuman Harian
Motivasi pelajar


Intisari Rancangan Harian
(07.00 – 07.20 pagi)





 


No comments:

Post a Comment